[Sonet] Menulis Surat Cinta Di Kafe Borjouis

Aku menulis surat ini kerana mahu terus berbicara tentang tajuk yang tak habis-habisnya antara kita; tentang kerinduan, tentang kedambaan pada syurga, — bersama seduhan air kopi yang tak lagi menguja dan sepotong kek keju yang masih belum tercuit rongga — cuba untuk menjelajah dengan menggalas kata-kata menulis perenggan yang bergejalakan tekstual cinta (biar orang sekeliling […]

Hidup Dalam Solitud (Sonet No. II)

Di luar, awan masih meluruh hujan ia tidak mahu meninggalkan petang terkadang timbul sebaris pertanyaan apakah langit tak merindukan terang? Dini camar muncul terbang berlayangan di sayapnya terekap gurindam lalu di luar jendela umurku berjalan menunda nasib kehidupan yang pilu. Pernahkah kau bertugu di dalam masa? di saat sedarmu lolos dari nyata dan nalar dipegun […]