Kerana Kesunyian

(Ini adalah fragmen dari akhir-kata yang saya sedang usahakan untuk buku puisi sulung saya yang bakal diterbitkan nanti pada masa-masa yang terdekat ini, jika diizinkan Tuhan.) *** Seperti kata Borges, ‘Penyair itu tidak akan pernah merasa lelah (berkarya).’, Kerana apa? Kerana kesunyiannya. Dan kerana kesunyian itu, si penyair tak akan bisa menemukan masa rehat; walau […]

[Sonet] Menulis Surat Cinta Di Kafe Borjouis

Aku menulis surat ini kerana mahu terus berbicara tentang tajuk yang tak habis-habisnya antara kita; tentang kerinduan, tentang kedambaan pada syurga, — bersama seduhan air kopi yang tak lagi menguja dan sepotong kek keju yang masih belum tercuit rongga — cuba untuk menjelajah dengan menggalas kata-kata menulis perenggan yang bergejalakan tekstual cinta (biar orang sekeliling […]

Untuk Menikmati Puisi Di Siang Hari…

Rintik-rintik hujan malam bertanyakan pada sesama sendiri, apakah di sela-sela kekelopak bunga orked itu nanti akan ada pemain Mp3 dan sepinggan sarapan pagi, kerana untuk menikmati puisi di siang hari harus ada muzik yang mengiringi dan perut yang terisi. ‘Tanpanya’, bisik salah satu dari mereka, ‘kita bisa mati.’

Dari Kota Sepi (Memo No. II)

Mil, Aku suka melihat tumbuhan yang hidup di bukitan kota. Di sana ada pokok-pokok yang tumbuh menjelirkan daun-daun cerita, yang boleh kau bebas petik dan digubah menjadi bait-bait syair. Aku suka menyaksi langit malam yang kelabu salju; di sana pasti ada sekumpulan bidadari, tekun menggulungi awan-awan untuk hiasan esok hari. Aku suka membaca lukis-lukis di […]

Meditasi Kesunyian Di Suatu Disember (fragmen No. 4)

*** “O taumelbunte Welt, Wie machst du satt, Wie machst du satt und müd, Wie machst du trunken!” Kemenangan. Perasaan jernih yang selalu mengelubungi hati-hati manusia terasing tatkala tersedar di awal pagi yang sangat sunyi dan hening. Setelah hari semalam yang melukakan mula beransur lolos seketika dari pegangan memori yang tidak pernah setia pada kesakitan. […]

Boneka Kayu (fragmen No. III)

*** Sepasang mata itu yang selalu memerhatikan gerak-geriku. Di waktu kegelapan memunculkan dirinya di tebing beranda seperti mata kejahatan yang menguasai malam kelabu; ia ada di sana memakai bayang di sela-sela bulu matanya! Ah! mestikah kita samada lari dari cengkaman memori itu, atau menjadi gila menogak air dari telaga dukanya? Lepaskan aku dari runtuh-runtuh sakit […]

Hidup Dalam Solitud (Sonet No. II)

Di luar, awan masih meluruh hujan ia tidak mahu meninggalkan petang terkadang timbul sebaris pertanyaan apakah langit tak merindukan terang? Dini camar muncul terbang berlayangan di sayapnya terekap gurindam lalu di luar jendela umurku berjalan menunda nasib kehidupan yang pilu. Pernahkah kau bertugu di dalam masa? di saat sedarmu lolos dari nyata dan nalar dipegun […]

Fragmen dari Perpisahan

….. Kapal kasih pun berlayar lirih jauh dari pelabuhan hati, dan membawa dongengku pergi ke sebuah tanah dataran yang lebih menghijau. Aku tertinggal kelu, di tepian titi yang menambat berahi-berahi malamku dari terhanyut ke lautan maha, sementara lambaian tanganmu terus semakin kabur, semakin jauh, semakin kabur, semakin jauh, kabur, jauh….             menghilang. Dan kau hilang bersama […]