Raksasa

Mereka menjerit lagi. Kali ini lebih kuat dari kebiasaan. Mereka mula dengan rengekan kecil dan kemudian, tiba-tiba, tanpa sebarang amaran, bertukar kepada teriakan dalam kadar frekuensi pada spektrum paling tinggi, dan kadar desibel paling bingit, seolah-olah ianya kerja seorang penata bunyi yang dengki. Sekali-sekala kelihatan mainan-mainan kecil beterbangan di udara. Tiada amaran. Lelaki tersebut hanya […]

Klimaks

Satu perkara yang saya boleh simpulkan tentang pembacaan cerpen ialah pembacanya jarang-jarang dapat klimaks di akhir penceritaan. Ianya sekadar hubungan kelamin yang berulang-ulang tanpa kepuasan akhir. Tapi itu bagi saya paradoks pembacaan cerpen. Tak seperti novel, pembaca cerpen tak menjangkakan turutan foreplay, coitus, klimaks dan resolusi daripada karya seorang cerpenis. Sebuah cerpen mungkin saja hanya […]

Zamrud

Yang pastinya, bilang penyair tua itu, perkara-perkara yang dulunya sangat penting dan istimewa buat seorang manusia itu juga lambat laun akan berlalu sebagai perkara-perkara yang banal, yang trivial. Dan kerja seorang penyair atau penulis itu aku kira, adalah untuk mengembalikan perkara-perkara ini kepada daerah keistimewaannya, memberi nilai semula kepada kepentingannya; untuk mengasingkan dan menarik keluar […]

Kerana Kesunyian

(Ini adalah fragmen dari akhir-kata yang saya sedang usahakan untuk buku puisi sulung saya yang bakal diterbitkan nanti pada masa-masa yang terdekat ini, jika diizinkan Tuhan.) *** Seperti kata Borges, ‘Penyair itu tidak akan pernah merasa lelah (berkarya).’, Kerana apa? Kerana kesunyiannya. Dan kerana kesunyian itu, si penyair tak akan bisa menemukan masa rehat; walau […]

Untuk Menikmati Puisi Di Siang Hari…

Rintik-rintik hujan malam bertanyakan pada sesama sendiri, apakah di sela-sela kekelopak bunga orked itu nanti akan ada pemain Mp3 dan sepinggan sarapan pagi, kerana untuk menikmati puisi di siang hari harus ada muzik yang mengiringi dan perut yang terisi. ‘Tanpanya’, bisik salah satu dari mereka, ‘kita bisa mati.’

Yang Tak Terkongsikan

Di rumah ini, bilang temanku itu, aku boleh berkongsi apa saja dari pemilikannya: Wajahnya, matanya, dadanya, punggungnya, tangan kakinya, pakaian dan sepatunya, rokoknya, keretanya, teman wanitanya, bahkan alat sulitnya itu sekalipun jika aku mahu. Namun, bilangnya kemudian, ada satu yang tak mungkin akan terkongsikan di antara kami: Sebentuk bayangnya dalam cermin muka.

Dari Kota Sepi (Memo No. II)

Mil, Aku suka melihat tumbuhan yang hidup di bukitan kota. Di sana ada pokok-pokok yang tumbuh menjelirkan daun-daun cerita, yang boleh kau bebas petik dan digubah menjadi bait-bait syair. Aku suka menyaksi langit malam yang kelabu salju; di sana pasti ada sekumpulan bidadari, tekun menggulungi awan-awan untuk hiasan esok hari. Aku suka membaca lukis-lukis di […]

Meditasi Kesunyian Di Suatu Disember (fragmen No. 4)

*** “O taumelbunte Welt, Wie machst du satt, Wie machst du satt und müd, Wie machst du trunken!” Kemenangan. Perasaan jernih yang selalu mengelubungi hati-hati manusia terasing tatkala tersedar di awal pagi yang sangat sunyi dan hening. Setelah hari semalam yang melukakan mula beransur lolos seketika dari pegangan memori yang tidak pernah setia pada kesakitan. […]

Mawar dan Pendewasaan

Mawar mahu cepat-cepat dewasa; dia selalu berusaha keras mahu meniru apa perbuatan orang tuanya. Semoga pendewasaan itu tidak akan mengecewakannya dengan teruk di masa depan. Benar, pendewasaan itu memang penuh dengan hal-hal yang mengecewakan. Seperti pendakianmu ke satu puncak gunung yang tinggi, akan penuh dangan ranting-ranting dan batu-batu tajam yang selalu melukakan tubuhmu. Tapi pendewasaan […]