Fotograf Seorang Perindu

Aku melihat sesuatu yang hilang; suara-suara semalam kata-kata yang tenggelam gesekan celo yang membungkam cerita yang kian terpadam (cahaya pun berlari menjejaki denting piano yang kelamaan dipudar oleh angin, oleh fragmen oleh bunyian hati penyair) Aku melihat sesuatu yang hilang terungkap pada kerlipan masa cetakan hitam putih fotograf seorang perindu yang dulu. ogos 2015

10 Haiku

(Ini percubaan saya untuk menulis puisi di dalam bentuk Haiku. Saya cuba mengekalkan tuntutan rigidnya pada bilangan patahkata yang berpandukan bilangan 5-7-5 dan rima di antara baris pertama dan ketiga. Saya akui agak sukar untuk menggumpal isi dan temanya di dalam tebat yang begitu rigid ini, dan juga di atas kenyataan tentang perbezaan struktur binaan […]

Adiwira

Pekik suaramu yang melalukan darah dengan pelan di sepanjang perparitan yang menghubungkan gegendangku dengan cahaya. Seketul hati yang kuperam kini berderai membentuk segerombolan komet yang menghentam kesedaranku. Kau menyarungkan mantelmu ke tubuhku yang tidak lagi mahu merasakan kehangatan. “Terbanglah kau, menjadi adiwiraku.” bisikanmu persis bisikan yang pertama kau hembuskan. Aku pun menjadi debu. Seketika menegap […]

Vignet Padang Pasir (bhg 1)

Tidak ada siapa yang tahu dengan kepastian, mengapa terbangun rumah-rumah puisi itu di tengah padang pasir yang gersang. Mereka yang berkelana hanya mahu berhenti tidur di rumah-rumah mabuk dan perempuan. Hanya si majnun yang mahu berhenti beristirehat di rumah puisi dan menogak air dari perahan buah anggur dari ladangnya. (Dipetik dari buku kumpulan puisi saya […]

Tremolo Rindu

I Aku membaca misteri suara-suara yang kehilangan sewaktu dinding batu yang dingin menjadi layar kebuntuan rindu-rindu kita yang dibenamkan II Setelah malam tidak lagi membelah bayangmu kini hadir sebagai limpahan neon yang tidak berwarna di dada aspalku yang hitam III Apakah kesilapan kita kerana tidak bisa berenang bersama goncang di samudera yang di suatu ketika […]

Memori

Aku mahu kau kembali. Sebagai kegelapan yang tak akan mati. Sebagai kemendungan hati. Kau adalah memori. Dan senipis usap melodi yang ngeri. Sewaktu malam menjadi penjara diri. Dan masa berhenti mencatatkan puisi. Aku mahu kau kembali. Sebagai pedih dari tusukan duri-duri. Sebagai keranapan mimpi. Kau adalah memori. Dan tunggangan rindu yang terus berlari. Dan malam […]