Raksasa

Mereka menjerit lagi. Kali ini lebih kuat dari kebiasaan. Mereka mula dengan rengekan kecil dan kemudian, tiba-tiba, tanpa sebarang amaran, bertukar kepada teriakan dalam kadar frekuensi pada spektrum paling tinggi, dan kadar desibel paling bingit, seolah-olah ianya kerja seorang penata bunyi yang dengki. Sekali-sekala kelihatan mainan-mainan kecil beterbangan di udara. Tiada amaran. Lelaki tersebut hanya […]

Manuskrip IV (i)

Saya sudah tidak menulis sebarang cerita pendek hampir setahun lamanya. Semuanya gara-gara sibuk menyusun dan melaksanakan perancangan untuk rakaman dan aktiviti kugiran saya, Laila’s Lounge. Dari awal 2016 hingga November, saya hanya banyak tumpukan tenaga dan kreativiti saya kepada penciptaan lagu, penulisan lirik, kerja-kerja promosi kugiran, latihan, gig-gig dan persiapannya, dan lain-lain hal lagi yang […]

Tahun Baru

Sepanjang lewat petang hari terakhir Disember ialah masa-masa di mana kami berdua akan duduk bersama di bilik rehat, membuka dan menghabiskan bacaan dari buku ‘The Collected Stories by [masukkan nama penulis kegemaran]’, ditemani seteko air coklat malt panas dan sepiring biskut mentega yang dibakar sendiri, dan kemudian, menjelang detik tengah malam, dengan kedua tubuh kami […]

Keterlupaan (I)

Ianya Bach. Violin Concerto in A minor. Ketika itu cuaca kelam dan daun-daun gugur mula menari balet menurut pusar angin di atas aspal. Ianya satu soalan. Yang teleologikal, mungkin. Kau tidak faham, ketika pertama kali mendengar, tentang permulaan dan pengakhirannya. Ianya satu dentuman. Yang sangat kuat. Dan ianya tak begitu penting, dan relevan, tentang di […]

Manuskrip

Kawan rapat saya mati hari ini. Atau mungkin semalam. Tapi peliknya, saya tak rasa apa-apa kepedihan dan kesedihan langsung. Malahan saya berasa lega dan sangat selesa dengan berita kematian dia. Ini semua disebabkan oleh satu perkara dan hanya satu perkara sahaja: Sekarang saya rasa saya sudah bersedia, dengan kelapangan hati dan kejernihan akal, untuk menyiapkan […]

Kolektif Kesepian

Baru-baru ini saya mengalami satu kejadian yang pelik. Saya bermimpi dan di dalamnya saya di’hidup’kan memakai jasad karakter seorang penyair tahun 70’an yang kurang dikenali ramai. Sosok penyair yang sangat obscure, sehinggakan saya sendiri gagal untuk mendapatkan maklumat tentangnya daripada penyair-penyair tahun 70’an yang masih hidup; sama ada mereka memang benar-benar tidak kenal ataupun ingatan […]