Zamrud

Yang pastinya, bilang penyair tua itu, perkara-perkara yang dulunya sangat penting dan istimewa buat seorang manusia itu juga lambat laun akan berlalu sebagai perkara-perkara yang banal, yang trivial. Dan kerja seorang penyair atau penulis itu aku kira, adalah untuk mengembalikan perkara-perkara ini kepada daerah keistimewaannya, memberi nilai semula kepada kepentingannya; untuk mengasingkan dan menarik keluar […]

Adiwira

Pekik suaramu yang melalukan darah dengan pelan di sepanjang perparitan yang menghubungkan gegendangku dengan cahaya. Seketul hati yang kuperam kini berderai membentuk segerombolan komet yang menghentam kesedaranku. Kau menyarungkan mantelmu ke tubuhku yang tidak lagi mahu merasakan kehangatan. “Terbanglah kau, menjadi adiwiraku.” bisikanmu persis bisikan yang pertama kau hembuskan. Aku pun menjadi debu. Seketika menegap […]

Kerana Kesunyian

(Ini adalah fragmen dari akhir-kata yang saya sedang usahakan untuk buku puisi sulung saya yang bakal diterbitkan nanti pada masa-masa yang terdekat ini, jika diizinkan Tuhan.) *** Seperti kata Borges, ‘Penyair itu tidak akan pernah merasa lelah (berkarya).’, Kerana apa? Kerana kesunyiannya. Dan kerana kesunyian itu, si penyair tak akan bisa menemukan masa rehat; walau […]

[Sonet] Menulis Surat Cinta Di Kafe Borjouis

Aku menulis surat ini kerana mahu terus berbicara tentang tajuk yang tak habis-habisnya antara kita; tentang kerinduan, tentang kedambaan pada syurga, — bersama seduhan air kopi yang tak lagi menguja dan sepotong kek keju yang masih belum tercuit rongga — cuba untuk menjelajah dengan menggalas kata-kata menulis perenggan yang bergejalakan tekstual cinta (biar orang sekeliling […]

Aku sebagai burung

{12:03 pagi} Ada serangga yang berkruk-krik di luar jendelaku; makhluk-makhluk misteri yang sentiasa mendiami kesayuan lewat malam. Ku bukakan jendela seluas-luasnya langsung memanjat di kerangkanya; pemisah bagi duniaku dengan yang satu di luar sana. Pada waktu-waktu begini, di luar itu dunia kelihatan lebih luas, lebih segar, tidak seperti ruang ini, sangkar ini yang pengap, yang […]

..dalam pelukan gesek celo Du Pre

…. iii. Sekarang aku mahu melantarkan kekusutanku pada lagu-lagu, yang termain pada kotak muzik yang terletak di ruang tamu, sambil berbaring pada sofa kerasmu yang dibalut kain kasar. (yang benarnya, ketika ini aku lebih suka dimanja dengan gesek celo Du Pre yang memainkan lagu The Swan dari membaca sajak-sajak panjang Eliot ) ‘Minta disediakan secawan […]