Manuskrip IV (i)

Saya sudah tidak menulis sebarang cerita pendek hampir setahun lamanya. Semuanya gara-gara sibuk menyusun dan melaksanakan perancangan untuk rakaman dan aktiviti kugiran saya, Laila’s Lounge. Dari awal 2016 hingga November, saya hanya banyak tumpukan tenaga dan kreativiti saya kepada penciptaan lagu, penulisan lirik, kerja-kerja promosi kugiran, latihan, gig-gig dan persiapannya, dan lain-lain hal lagi yang […]

Tahun Baru

Sepanjang lewat petang hari terakhir Disember ialah masa-masa di mana kami berdua akan duduk bersama di bilik rehat, membuka dan menghabiskan bacaan dari buku ‘The Collected Stories by [masukkan nama penulis kegemaran]’, ditemani seteko air coklat malt panas dan sepiring biskut mentega yang dibakar sendiri, dan kemudian, menjelang detik tengah malam, dengan kedua tubuh kami […]

Klimaks

Satu perkara yang saya boleh simpulkan tentang pembacaan cerpen ialah pembacanya jarang-jarang dapat klimaks di akhir penceritaan. Ianya sekadar hubungan kelamin yang berulang-ulang tanpa kepuasan akhir. Tapi itu bagi saya paradoks pembacaan cerpen. Tak seperti novel, pembaca cerpen tak menjangkakan turutan foreplay, coitus, klimaks dan resolusi daripada karya seorang cerpenis. Sebuah cerpen mungkin saja hanya […]

Manuskrip

Kawan rapat saya mati hari ini. Atau mungkin semalam. Tapi peliknya, saya tak rasa apa-apa kepedihan dan kesedihan langsung. Malahan saya berasa lega dan sangat selesa dengan berita kematian dia. Ini semua disebabkan oleh satu perkara dan hanya satu perkara sahaja: Sekarang saya rasa saya sudah bersedia, dengan kelapangan hati dan kejernihan akal, untuk menyiapkan […]

NOTA

Tina masih lagi bergumpal kelu di suatu sudut bilik kelam yang berbau hanyir ini. Tidak ada apa yang tertinggal melainkan serakan memori yang berderai di kepalanya. Dan juga sebuah persoalan yang sangat menggigit itu. Mengapa, Mir? Bentak hatinya berkali-kali. Sekeping nota tergenggam renyuk di tangan kanannya. Tina mahu kepastian. Dan tidak mungkin nota pendek itu […]