Raksasa

Mereka menjerit lagi. Kali ini lebih kuat dari kebiasaan. Mereka mula dengan rengekan kecil dan kemudian, tiba-tiba, tanpa sebarang amaran, bertukar kepada teriakan dalam kadar frekuensi pada spektrum paling tinggi, dan kadar desibel paling bingit, seolah-olah ianya kerja seorang penata bunyi yang dengki. Sekali-sekala kelihatan mainan-mainan kecil beterbangan di udara. Tiada amaran. Lelaki tersebut hanya […]

Klimaks

Satu perkara yang saya boleh simpulkan tentang pembacaan cerpen ialah pembacanya jarang-jarang dapat klimaks di akhir penceritaan. Ianya sekadar hubungan kelamin yang berulang-ulang tanpa kepuasan akhir. Tapi itu bagi saya paradoks pembacaan cerpen. Tak seperti novel, pembaca cerpen tak menjangkakan turutan foreplay, coitus, klimaks dan resolusi daripada karya seorang cerpenis. Sebuah cerpen mungkin saja hanya […]

Manuskrip

Kawan rapat saya mati hari ini. Atau mungkin semalam. Tapi peliknya, saya tak rasa apa-apa kepedihan dan kesedihan langsung. Malahan saya berasa lega dan sangat selesa dengan berita kematian dia. Ini semua disebabkan oleh satu perkara dan hanya satu perkara sahaja: Sekarang saya rasa saya sudah bersedia, dengan kelapangan hati dan kejernihan akal, untuk menyiapkan […]

Kolektif Kesepian

Baru-baru ini saya mengalami satu kejadian yang pelik. Saya bermimpi dan di dalamnya saya di’hidup’kan memakai jasad karakter seorang penyair tahun 70’an yang kurang dikenali ramai. Sosok penyair yang sangat obscure, sehinggakan saya sendiri gagal untuk mendapatkan maklumat tentangnya daripada penyair-penyair tahun 70’an yang masih hidup; sama ada mereka memang benar-benar tidak kenal ataupun ingatan […]

Rosak (Malfunction)

Saya rasa komputer saya dah nak jahanam. Tapi saya tak rasa yang komputer itu sendiri yang sebenarnya bermasalah, cuma kibod dia saja yang dah rosak. Komputer ini saya beli yang dah terpakai, yang saya jumpa dalam iklan klasified tak lama dulu. Mamat yang jual komputer tersebut dekat saya memang kelihatan pelik sedikit. Dia sambut saya […]

Yang Mengintip (petikan draf)

iii. Pertama kali saya bertemu dengan lelaki itu ialah ketika saya pergi membeli belah barang-barang dapur di pasaraya Tesco di Kajang. Ada sesuatu yang menarik minat saya terhadap persona lelaki asing ini yang ketika itu sedang tekun memilih daripada beberapa buku roti gandum serat yang tersusun pada rak roti di seksyen bakeri. Dia nampak begitu […]

The Virgin Eater oleh Yusof Abrak [petikan draf]

Dia melihat manusia yang sudah tidak peduli. Apa kegilaan dan kekacauan yang beruntai-untai di dinding-dinding maya media sosial, dia tidak pernah menemukan sekelumit pun jawapan. Apakah keperluan ini? bentaknya berkali-kali di dalam hati. Kebencian, kebingungan, dendam dan perseteruan antara jiwa-jiwa yang terapung di atas garisan kabur yang memisahkan hitam dan putih. Kerana itu mereka harus […]

Invasi Desperado

UNTUK MENULIS NOVEL DARIPADA SEBUAH NOVEL YANG MENCERITAKAN TENTANG SEBUAH NOVEL YANG TAK PERNAH HABIS. I. Ia memang selalunya tentang sebuah novel yang pernah kau baca beberapa bulan yang lepas. Novel yang kau peroleh daripada bin jualan murah di sebuah rangkaian pasaraya terkenal yang terletak berhampiran dengan rumah ibu kau di Hulu Klang. Awal-awal bila […]