Raksasa

Mereka menjerit lagi. Kali ini lebih kuat dari kebiasaan. Mereka mula dengan rengekan kecil dan kemudian, tiba-tiba, tanpa sebarang amaran, bertukar kepada teriakan dalam kadar frekuensi pada spektrum paling tinggi, dan kadar desibel paling bingit, seolah-olah ianya kerja seorang penata bunyi yang dengki. Sekali-sekala kelihatan mainan-mainan kecil beterbangan di udara. Tiada amaran. Lelaki tersebut hanya […]

Manuskrip IV (i)

Saya sudah tidak menulis sebarang cerita pendek hampir setahun lamanya. Semuanya gara-gara sibuk menyusun dan melaksanakan perancangan untuk rakaman dan aktiviti kugiran saya, Laila’s Lounge. Dari awal 2016 hingga November, saya hanya banyak tumpukan tenaga dan kreativiti saya kepada penciptaan lagu, penulisan lirik, kerja-kerja promosi kugiran, latihan, gig-gig dan persiapannya, dan lain-lain hal lagi yang […]

Tahun Baru

Sepanjang lewat petang hari terakhir Disember ialah masa-masa di mana kami berdua akan duduk bersama di bilik rehat, membuka dan menghabiskan bacaan dari buku ‘The Collected Stories by [masukkan nama penulis kegemaran]’, ditemani seteko air coklat malt panas dan sepiring biskut mentega yang dibakar sendiri, dan kemudian, menjelang detik tengah malam, dengan kedua tubuh kami […]

Klimaks

Satu perkara yang saya boleh simpulkan tentang pembacaan cerpen ialah pembacanya jarang-jarang dapat klimaks di akhir penceritaan. Ianya sekadar hubungan kelamin yang berulang-ulang tanpa kepuasan akhir. Tapi itu bagi saya paradoks pembacaan cerpen. Tak seperti novel, pembaca cerpen tak menjangkakan turutan foreplay, coitus, klimaks dan resolusi daripada karya seorang cerpenis. Sebuah cerpen mungkin saja hanya […]