Raksasa

Mereka menjerit lagi. Kali ini lebih kuat dari kebiasaan. Mereka mula dengan rengekan kecil dan kemudian, tiba-tiba, tanpa sebarang amaran, bertukar kepada teriakan dalam kadar frekuensi pada spektrum paling tinggi, dan kadar desibel paling bingit, seolah-olah ianya kerja seorang penata bunyi yang dengki.

Sekali-sekala kelihatan mainan-mainan kecil beterbangan di udara. Tiada amaran.

Lelaki tersebut hanya mahu menulis. Bukan tentang raksasa. Tentang apa-apa berkenaan dengan dunia haiwan dan tumbuhan liar.

Sebelum dia berkahwin, seorang rakan memberi amaran kepadanya, mereka, sebelum bertukar menjadi raksasa, merupakan makhluk yang paling comel, manja dan menawan. Namun perubahan iklim dan evolusi akhirnya merubah tabiat mereka sepenuhnya. Tapi, rakannya menambah lagi, itu cuma sementara dan ianya bakal berlalu satu hari nanti.

Dia tak sedar bila akhirnya semua jeritan tersebut berhenti. Apa yang dia sedar ialah, setelah bertahun lamanya, hidup dalam kebingitan dan huru-hara amukan, yang rakannya itu memang berkata benar, ianya memang sementara dan akan berlalu, yang mereka tidak lagi bertukar kepada raksasa ganas, tapi kepada haiwan-haiwan dan tumbuhan yang meliar ke dunia luar.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s