Tahun Baru

Sepanjang lewat petang hari terakhir Disember ialah masa-masa di mana kami berdua akan duduk bersama di bilik rehat, membuka dan menghabiskan bacaan dari buku ‘The Collected Stories by [masukkan nama penulis kegemaran]’, ditemani seteko air coklat malt panas dan sepiring biskut mentega yang dibakar sendiri, dan kemudian, menjelang detik tengah malam, dengan kedua tubuh kami saling berpelukan dan jari-jemari bertautan, duduk dalam posisi berteleku, menangis sambil menunggu bermulanya perayaan sambutan tahun baru di paparan kaca televisyen nasional.

Advertisements