Geng Pengintip [The Spies] oleh Luis Fernando Verissimo

Bab 7 (petikan) “Mengintip itu menunggu.” Itu kata-kata John Le Carre. Kau posisikan ejen kau di tempatnya dan kemudian tunggu untuk melihat apa yang berlaku, menantikan reaksi daripada mereka yang dintip; menanti ejen mereka untuk muncul dan berharap supaya tidak berlaku perkara yang buruk. Sehingga Rabu, kami masih lagi tidak mendengar apa-apa berita daripada Dubin. […]

Fotograf Seorang Perindu

Aku melihat sesuatu yang hilang; suara-suara semalam kata-kata yang tenggelam gesekan celo yang membungkam cerita yang kian terpadam (cahaya pun berlari menjejaki denting piano yang kelamaan dipudar oleh angin, oleh fragmen oleh bunyian hati penyair) Aku melihat sesuatu yang hilang terungkap pada kerlipan masa cetakan hitam putih fotograf seorang perindu yang dulu. ogos 2015

Rosak (Malfunction)

Saya rasa komputer saya dah nak jahanam. Tapi saya tak rasa yang komputer itu sendiri yang sebenarnya bermasalah, cuma kibod dia saja yang dah rosak. Komputer ini saya beli yang dah terpakai, yang saya jumpa dalam iklan klasified tak lama dulu. Mamat yang jual komputer tersebut dekat saya memang kelihatan pelik sedikit. Dia sambut saya […]