10 Haiku

(Ini percubaan saya untuk menulis puisi di dalam bentuk Haiku. Saya cuba mengekalkan tuntutan rigidnya pada bilangan patahkata yang berpandukan bilangan 5-7-5 dan rima di antara baris pertama dan ketiga. Saya akui agak sukar untuk menggumpal isi dan temanya di dalam tebat yang begitu rigid ini, dan juga di atas kenyataan tentang perbezaan struktur binaan kalimat di antara resam bahasa Jepun dan bahasa Melayu yang sangat tidak menyebelahi percubaan saya. Namun saya anggap itu semua sebagai cabaran di dalam kerja-kerja kreatif yang saya usahakan. Selamat membaca dan sila komen dan kritik jika mahu)

Continue reading “10 Haiku”

Advertisements

NOTA

Tina masih lagi bergumpal kelu di suatu sudut bilik kelam yang berbau hanyir ini. Tidak ada apa yang tertinggal melainkan serakan memori yang berderai di kepalanya. Dan juga sebuah persoalan yang sangat menggigit itu. Mengapa, Mir? Bentak hatinya berkali-kali. Sekeping nota tergenggam renyuk di tangan kanannya. Tina mahu kepastian. Dan tidak mungkin nota pendek itu akan memberikannya jawapan.

Untuk sekian kalinya, dia mengemaskan kembali renyukan kertas nota tersebut,

Tina,

Aku pergi untuk membebaskanmu.

“Kenapa Mir?!!”

Di suatu sudut, Zamir sekadar mematung sambil tangannya menggenggam keras sepucuk pistol automatik.

Pada permukaan dinding di belakangnya terekap percikan serpih otak yang berkecai.