Vignet Padang Pasir (bhg 1)

Tidak ada siapa yang tahu dengan kepastian, mengapa terbangun rumah-rumah puisi itu di tengah padang pasir yang gersang. Mereka yang berkelana hanya mahu berhenti tidur di rumah-rumah mabuk dan perempuan. Hanya si majnun yang mahu berhenti beristirehat di rumah puisi dan menogak air dari perahan buah anggur dari ladangnya. (Dipetik dari buku kumpulan puisi saya […]

Tremolo Rindu

I Aku membaca misteri suara-suara yang kehilangan sewaktu dinding batu yang dingin menjadi layar kebuntuan rindu-rindu kita yang dibenamkan II Setelah malam tidak lagi membelah bayangmu kini hadir sebagai limpahan neon yang tidak berwarna di dada aspalku yang hitam III Apakah kesilapan kita kerana tidak bisa berenang bersama goncang di samudera yang di suatu ketika […]

Memori

Aku mahu kau kembali. Sebagai kegelapan yang tak akan mati. Sebagai kemendungan hati. Kau adalah memori. Dan senipis usap melodi yang ngeri. Sewaktu malam menjadi penjara diri. Dan masa berhenti mencatatkan puisi. Aku mahu kau kembali. Sebagai pedih dari tusukan duri-duri. Sebagai keranapan mimpi. Kau adalah memori. Dan tunggangan rindu yang terus berlari. Dan malam […]