Hikmah – Falsafa

Melihat kehidupan melalui hikmah seperti meninjau organisme halus melalui kanta pembesar / mikroskop. Pada hikmah itu sendiri tidaklah terkandung sebarang kebenaran, namun kebergunaannya adalah bagi mencerah perkara yang kelam dan menjelas perkara yang kabur. Oleh yang sedemikian, merupakan penggaris yang memisah di antara benar dan batil.

Mises on Civil Service

From Mises’s Bureaucracy (1944),

On p. 79,

Most people joined the staff of the government offices because the salary and the pension offered were higher than what they could expect to earn in other occupations. They did not renounce anything in serving the government. Civil service was for them the most profitable job they could find.

On p. 81,

Representative democracy cannot subsist if a great part of the voters are on the government pay roll. If the members of parliament no longer consider themselves mandatories of the taxpayers but deputies of those receiving salaries, wages, subsidies, doles, and other benefits from the treasury, democracy is done for.

(both emphasis mine)

Manusia yang Bertindak dan Ekonomi (bhg ii)

syarahan Ludwig von Mises (1951)

terjemahan Hadi Jaafar

(sambungan dari bahagian pertama)

Aristotle menulis, di antara perkara-perkara yang lainnya, tentang kepelbagaian pencirian pada lelaki dan wanita. Betapa beliau seringkali tersilap. Sekiranya beliau bertanyakan pada Puan Aristotle tentang perihal wanita, pastinya beliau akan menyedari kesilapannya; langsung memahami perkara tersebut pada sudut pandang yang berbeza. Aristotle juga tersilap di dalam menyatakan bahawa jika dua barang mahu ditukarkan di dalam pasaran, harus keduanya ada sesuatu yang serupa di dalamnya, bahawa keduanya ditukar di sebabkan nilainya yang setara. Sekarang fikirkan, sekiranya keduanya adalah setara, apa perlunya proses pertukaran tersebut? Jika kamu memiliki satu syiling dan saya memiliki satu syiling, kita tidak akan menukarnya disebabkan keduanya adalah setara. Oleh yang demikian, sekiranya terdapat pertukaran, seharusnya yang terkandung pada barangan yang ditukar tersebut adalah ketaksetaraan, bukannya kesetaraan.

Continue reading “Manusia yang Bertindak dan Ekonomi (bhg ii)”